Assalamualaikum...

salam buat sahabat sekalian...
hari ini 3 Disember 2009 genaplah setahun ayahandaku yang tercinta pergi mengadap ilahi, meninggalkan kami semua. Namun segala kenangan masih jelas dan segar dalam ingatan. Aku pernah tertanya-tanya, bagaimana rasenye bile tibe saat orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita. sekarang aku dah pun melalui saat itu dan perasaan sedih dan hiba sangatlah tak terkata.
ingin ku imbas kembali saat-saat terakhir bersama ayahanda tersayang. walau telah setahun berlalu tetapi kenangannya masih segar.
seminggu sebelum bapak meninggal, aku berada di rumah mertua di seremban kerana adik iparku akan melangsungkan pernikahan. tetapi aku sempat berulang-alik dari Banting ke Seremban kerana menguruskan beberapa perkara termasuklah membawa bapakku ke hospital dan membawa bapak menguruskan road tax & insurans van jenazah yg akan tamat tempoh pada 25 nov 2008. Aku balik Banting hari jumaat sebab bapak nak buat jugak walaupun tarikhnye tamat ade lg 2-3 hari lagi. masih aku ingat yang bapak memakai t-shirt putih kosong, berkopiah putih, seluar coklat dan bertongkat. mukanye nampak pucat sebab memang lately ni, kesihatan die sgt tak mengizinkan. kami sempat pegi kedai proton sbb die ade bercadang nak jual keta kancil dan nak suruh adik aku beli kereta saga. so, just survey je la dulu.
pastu bile dah balik, aku pun patah balik ke Seremban sebab adik ipar aku nak nikah ari Sabtu tu. malam Ahad tu, selepas majlis nikah adik ipar aku selesai, aku dapat call bukan kat handphone tapi kat umah mak mertua aku. aku dah tak sedap ati sebab yang tau no tipon umah mak mertua aku. dan sape yang nak call time sibuk2 ni. takkan la laki aku plak nak call dari uk. bile aku angkat tipon, aku dengar suara avang aku, aku dah tak sedap hati. die tanye,'ko boleh balik tak, bapak sakit la. mcm teruk je. siap panggil ambulan datang umah'. aku pun dah bingung. camne ni. kat umah mak mertua tgh ade majlis kawin. bapak aku plak sakit. akupikir2, baik aku balik la. kalau jadi ape2 aku tak nak menyesal. so, malam tu jugak abang aku amik kat seremban balik banting.
pagi ahad tu baru aku gi tengok bapak aku kat spital. mase tu die masih boleh bercakap lagi. tapi die mengadu sakit perut. disebabkan aku ade anak kecik, so mak, abang ngan adik aku bergilir jage bapak kat spitak banting. tapi malam isni tu, keadaan bapak aku makin teruk. sakit perutnye menjadi-jadi. sampai die tak boleh tido. bile makan ubat makin sakit. adik aku cakap sampai mcm nak berrguling2 gak la die menahan skit. bile pagi tu aku dtg spital aku tgk mate bapak aku bengkak sebab tak tido satu malam. doktor kate maybe ulser tapi hospital banting takde equipment tuk scan perut tu. tapi dlm mase yang diorang takde buat tindakan susulan pun. so, kitorang adik-beradikpakat nak pindahkan bapak aku gi spital swasta. barulah doktor tu cakap die nak transferkan bapak aku gi spital klang. ari isnin tengahari baru dapat bawak ke klang.
mase kat spital klang la segala debaran dah bermula. bile doktor cek, die suspek ulser tapi tak tau kat bahagian mane. doktor nak masukkan kamera dlm perut tapi die cakap risikonye sangat tinggi sebab keadaan bapak dah krtikal. die ade heart problem, kidney, and low blood pressure. so, kena tunggu tekanan darah naik skit, pastu buat dialisis dulu baru boleh masukkan kamera. bile dgr doktor cakap, mcm tak percaya yang keadaan bapak tu dah teruk sampai mcm tu.
kitorang adik beradik bergilir2 ke spital utk jgk bapak. dari wad biase pindah ke ICU. Proses pertama dah selesai doktor kate maybe ade usus yang bocor so kena buat surgery, tapi very high risk sebab condition yang sangat lemah. bile doktor cakap, keadaan bapak sgt kritikal, hanya harap kalau ade keajaiban yang die akan pulih. airmata ni jangan cakap la. sedara-mara ramai yang dtg jgk kat spital same2 menangis sebab tak sangka yang keadaan bapak dah teruk sgt. doktor plan nak buat surgery ari rabu malam tapi condition tak stabil pastu ade kes lebih besar. so pagi khamis bapak masuk surgery room. dalam mase 2 jam dah kuar. alhamdulillah, berjaya melepasi tahap surgery. doktor kate bocor kat usus tu kecik je. so, die dah tampal. bapak tak sedarkan diri sampai ari jumaat. doktor mmg bg rehat sbb condition bapak sgt lemah.
hari sabtu baru aku dapat tgk bapak. tapi keadaan die sangat memilukan. banyak sgt tiub kat badan die. die tak boleh ckp sbb adr tiub besar kat mulut utk sokong pernafasan. die cume boleh angguk dgn percakapan kite. nampak airmata die mengalir, bile kite cakap. tapi bile tgk bapak dapat melepasi tahap kritikal surgery, rase mcm ade harapan utuk sembuh. tapi bile hari ahad tu, bapak dah mule ditidorkan je. dah mule ade komplikasi. buah pinggang die dah tak boleh cuci darah. so, darah die ade kuman la. start dari hari tu lah, bapak dah tak bagi respon sampai lah die menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi rabu.
hari selasa tu aku bertugas kat sekolah. pastu badan rase tak sedap mcm nak demam. so, ptg selasa tu aku takdela g spital tgk bapak. sekali lepas maghrib tu adik aku call. die cakap jantung bapak tadi berenti tapi doktor dah dptkan balik rentak jantungnye. doktor dah suruh panggil adik beradik dan sedara terdekat. ade sedikit rase kesal sbb ari tu plak aku tak g jgk kat spital. so malam tu kitorang semua adik beradik g la spital. kami bergilir 2masuk bilik ICU, bacekan Yassin utk bapak sampai kul 12 mlm gak la. pastu abang aku cakap, takpe la, korang balk la dulu. tgk keadaan bapak ni mcm dah ok. lg pun bukan boleh tunggu ramai2 kat situ. takde tempat. aku ngan k. ngah pun balik la. tak lame tu kak laong pun balik gak sbb esoknye diorang nak jage peksa SPM.
bile dah sampai umah, nak tido pun tak boleh tapi baring2 gak la. dalam kul 2 lebih adik aku call bgtau jantung bapak dah tinggal 30%. aku pun dah bersedia menunggu panggilan yang seterusnya. tepat kul 3.15 pagi, 3 disember adk aku call bagtau bapak dah takde. terus rase kosong je. k ngan aku dah nangis dah. aku pun terus call sedara mara terdekat yang lain. tak lame tu ramai la sedar yang dah dtg.
kul 6.30 pg, jenazah bapak pun sampai. mase tu, berderailah airmata kitorang adk beradik, cucu-cucu, sedara mara semua bile tgk jenazah bapak. yg tak boleh lupe, die seolah-olah sedang tersenyum. tu yg lagi buat sebak dada. bile tgk semua cucu2 bapak menangis, memanggil "atuk...atuk..." memang tak boleh nak tahan airmata. sebab bapak aku memang rapat dengan cucu-cucunya.
jenazah bapak selamat dikebumikan lebih kurang pukul 10 pagi. malam tu aku plak demam ngan anak buah aku. belum lg demam aku baik, anak2 akuplak demam. yang lagi syahdunya, si abang ni demam sampai masuk spital. kitorang semua mcm fobia nak g spital sbb terlalu byk kenangan bapak kat situ. 3 hari kat spital banting, demam si epul tak baik2. bapak mertua aku terus suruh transfer gi hospital KPJ kat seremban. kat sana, tambah lagi 5 hari, baru boleh balik. rasenye belum sempat aku nak berkabung, dah nak pikir pasal keadaan anak aku. memang dugaan betul mase tu.dah lah suami takde.everything kena handle sorang diri. aku kuatkan semangat sbb keluarga tgh memerlukan aku skang ni.
begitulah kisahnya..skang ni, anak aku pun dah sihat. mak aku pun nampak dah ok. yang pergi tetap pergi. kite ni yang hidup kenala meneruskan kehidupan. cume bile dikenang balik, airmata ni akan tetap mengalir, dada sakit menahan sebak. skang ni tanggungjawab menjaga mak pulak. sebab tu aku takde hati sgt nak pegi UK ikut hubby kat sane. mak penah cakap, bapak aku cakap ngan die, " sampai hati iwah nak pegi tinggalkan bapaknya". bile kau dengar terus mati niat aku nak gi UK ikut hubby. setakat melancong boleh la. tapi, nak dok sane setahun, takdelah. tak sanggup rasenya nak tinggalkan mak.
itulah...hargailah orang di sekeliling kite sementara masih ade. bile dah tak de besok jgn baru nak menyesal.
salam...