Tuesday, July 20, 2010

PENATNYE MENUNGGU......

Alahai....
kenapa aku rasa masa sangat lambat berlalu...
nak tunggu 5 hari je lagi sebelum Mr. Hubby nak balik...
padahal 2 tahun boleh tunggu. tapi bile tinggal 5 hari rasa mcm 5 tahun.
kepala dah ting tong ngan anak2 yang demam.
dahlah tak nak makn ubat. bile dipaksa, jari mama yg jadi mangsa gigitan ganas anakanda.
nasib baek tgh demam. kalau tak tgn dah melayang dah.


geli hati bila die jerit " TOLONG!! LEPASKAN SAYA" taknak makan ubat punya pasal.
siap kena kunci kat luar. sian anak mami. merintih mintak tolong ngan abang sepupunye.
" ABANG, TOLONG"
ragam anak2 ku....

BABAH!!!
cepatlah balik!!!!




Monday, July 12, 2010

How To Maintain a Long distance Marriage

Marriage is a complicated relationship. Being apart physically makes a marriage even more challenging.
Time RequiredVaries
Here's How:
  1. The key, as it is in all relationships, is communication. Keep the lines of communication open on a daily basis.
  2. Being committed to one another and truly believing that your spouse belives in the marriage commitment is vital.
  3. A long distance marriage will fail if there is a lack of trust between the partners.
  4. Although you are apart from one another, make time for one another. You can do this by sending a letter, an email, writing in a journal, day dreaming about your spouse, or having an icq or chat conversation.
  5. Share your expectations about being apart from one another. Also share your expectations when you are close to being together again.
  6. Be honest about your concerns and fears about your separation.
  7. Try to daily dialogue with each other.
  8. Keep a daily journal.
  9. Give one another a scented pillow case or shirt to help keep your presence with them.
  10. Plan a trip or some fun activity (other than sex) to do when the two of you are back together.
  11. Use online communication to send emails, electronic cards, pictures, music, poems, and stories.
  12. Use icq or other instant messaging services.
  13. Camcorders can be great for being able to see one another or your children.
  14. Play online games together.
  15. Surprise each other once in a while with a phone call. Send care packages to each other now and then.
Tips:
  1. Don't assume that infidelity will occur because of your physical separation. Most long distance marriages do not have to deal with this heartache because of the love and commitment the spouses feel for one another.
  2. Since you can't read one another's non-verbal communication, use symbols or words or happy faces to describe your thoughts better.
  3. When you are back together, don't rush into getting things done around the house right away. Allow the returning spouse to have some time to adjust to being back home.
What You Need:
  • Commitment
  • Communication
  • Sense of Humor
  • Trust




By , About.com Guide

once in a lifetime


Dah lame tak menulis. bz mmglah bz, tp malas sebenonye. anyway, try menulis semula ni. nothing much to share but some experience that i can say, once in a lifetime opportunity.

Last March on the 13th, selamatlah kite sampai di bumi UK utk melawat hubby and sis in-law yg blaja di sana. mmg seronok sbb dpt rase duduk di negeri org. Byk pengalaman baru yg sungguh berharga dan insyaallah akan dikenang selamanya. These are some of the photos taken when i was there.


Lake at Hyde Park


buat snow boy pakai pinggan


di Midland Safari



Birmingham City


Selly Oak



Heathrow Airport, London

Salman Khan wax at Madamme Tussaud

Tower Bridge

mt. Cairngorm, Scotland

Thomas Land, Drayton Manor Park

Buckingham Palace

kalau ade rezeki nk g Gold Coast Australia plak. Mcm la byk no duitnye. Takpe berangan je dulu. manela tau esok2 ade rezeki plak. 







Tuesday, July 6, 2010

Thursday, December 3, 2009

ayahku pergi jua....



Assalamualaikum...






salam buat sahabat sekalian...

hari ini 3 Disember 2009 genaplah setahun ayahandaku yang tercinta pergi mengadap ilahi, meninggalkan kami semua. Namun segala kenangan masih jelas dan segar dalam ingatan. Aku pernah tertanya-tanya, bagaimana rasenye bile tibe saat orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita. sekarang aku dah pun melalui saat itu dan perasaan sedih dan hiba sangatlah tak terkata.
ingin ku imbas kembali saat-saat terakhir bersama ayahanda tersayang. walau telah setahun berlalu tetapi kenangannya masih segar.

seminggu sebelum bapak meninggal, aku berada di rumah mertua di seremban kerana adik iparku akan melangsungkan pernikahan. tetapi aku sempat berulang-alik dari Banting ke Seremban kerana menguruskan beberapa perkara termasuklah membawa bapakku ke hospital dan membawa bapak menguruskan road tax & insurans van jenazah yg akan tamat tempoh pada 25 nov 2008. Aku balik Banting hari jumaat sebab bapak nak buat jugak walaupun tarikhnye tamat ade lg 2-3 hari lagi. masih aku ingat yang bapak memakai t-shirt putih kosong, berkopiah putih, seluar coklat dan bertongkat. mukanye nampak pucat sebab memang lately ni, kesihatan die sgt tak mengizinkan. kami sempat pegi kedai proton sbb die ade bercadang nak jual keta kancil dan nak suruh adik aku beli kereta saga. so, just survey je la dulu.
pastu bile dah balik, aku pun patah balik ke Seremban sebab adik ipar aku nak nikah ari Sabtu tu. malam Ahad tu, selepas majlis nikah adik ipar aku selesai, aku dapat call bukan kat handphone tapi kat umah mak mertua aku. aku dah tak sedap ati sebab yang tau no tipon umah mak mertua aku. dan sape yang nak call time sibuk2 ni. takkan la laki aku plak nak call dari uk. bile aku angkat tipon, aku dengar suara avang aku, aku dah tak sedap hati. die tanye,'ko boleh balik tak, bapak sakit la. mcm teruk je. siap panggil ambulan datang umah'. aku pun dah bingung. camne ni. kat umah mak mertua tgh ade majlis kawin. bapak aku plak sakit. akupikir2, baik aku balik la. kalau jadi ape2 aku tak nak menyesal. so, malam tu jugak abang aku amik kat seremban balik banting.

pagi ahad tu baru aku gi tengok bapak aku kat spital. mase tu die masih boleh bercakap lagi. tapi die mengadu sakit perut. disebabkan aku ade anak kecik, so mak, abang ngan adik aku bergilir jage bapak kat spitak banting. tapi malam isni tu, keadaan bapak aku makin teruk. sakit perutnye menjadi-jadi. sampai die tak boleh tido. bile makan ubat makin sakit. adik aku cakap sampai mcm nak berrguling2 gak la die menahan skit. bile pagi tu aku dtg spital aku tgk mate bapak aku bengkak sebab tak tido satu malam. doktor kate maybe ulser tapi hospital banting takde equipment tuk scan perut tu. tapi dlm mase yang diorang takde buat tindakan susulan pun. so, kitorang adik-beradikpakat nak pindahkan bapak aku gi spital swasta. barulah doktor tu cakap die nak transferkan bapak aku gi spital klang. ari isnin tengahari baru dapat bawak ke klang.

mase kat spital klang la segala debaran dah bermula. bile doktor cek, die suspek ulser tapi tak tau kat bahagian mane. doktor nak masukkan kamera dlm perut tapi die cakap risikonye sangat tinggi sebab keadaan bapak dah krtikal. die ade heart problem, kidney, and low blood pressure. so, kena tunggu tekanan darah naik skit, pastu buat dialisis dulu baru boleh masukkan kamera. bile dgr doktor cakap, mcm tak percaya yang keadaan bapak tu dah teruk sampai mcm tu.

kitorang adik beradik bergilir2 ke spital utk jgk bapak. dari wad biase pindah ke ICU. Proses pertama dah selesai doktor kate maybe ade usus yang bocor so kena buat surgery, tapi very high risk sebab condition yang sangat lemah. bile doktor cakap, keadaan bapak sgt kritikal, hanya harap kalau ade keajaiban yang die akan pulih. airmata ni jangan cakap la. sedara-mara ramai yang dtg jgk kat spital same2 menangis sebab tak sangka yang keadaan bapak dah teruk sgt. doktor plan nak buat surgery ari rabu malam tapi condition tak stabil pastu ade kes lebih besar. so pagi khamis bapak masuk surgery room. dalam mase 2 jam dah kuar. alhamdulillah, berjaya melepasi tahap surgery. doktor kate bocor kat usus tu kecik je. so, die dah tampal. bapak tak sedarkan diri sampai ari jumaat. doktor mmg bg rehat sbb condition bapak sgt lemah.


hari sabtu baru aku dapat tgk bapak. tapi keadaan die sangat memilukan. banyak sgt tiub kat badan die. die tak boleh ckp sbb adr tiub besar kat mulut utk sokong pernafasan. die cume boleh angguk dgn percakapan kite. nampak airmata die mengalir, bile kite cakap. tapi bile tgk bapak dapat melepasi tahap kritikal surgery, rase mcm ade harapan utuk sembuh. tapi bile hari ahad tu, bapak dah mule ditidorkan je. dah mule ade komplikasi. buah pinggang die dah tak boleh cuci darah. so, darah die ade kuman la. start dari hari tu lah, bapak dah tak bagi respon sampai lah die menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi rabu.

hari selasa tu aku bertugas kat sekolah. pastu badan rase tak sedap mcm nak demam. so, ptg selasa tu aku takdela g spital tgk bapak. sekali lepas maghrib tu adik aku call. die cakap jantung bapak tadi berenti tapi doktor dah dptkan balik rentak jantungnye. doktor dah suruh panggil adik beradik dan sedara terdekat. ade sedikit rase kesal sbb ari tu plak aku tak g jgk kat spital. so malam tu kitorang semua adik beradik g la spital. kami bergilir 2masuk bilik ICU, bacekan Yassin utk bapak sampai kul 12 mlm gak la. pastu abang aku cakap, takpe la, korang balk la dulu. tgk keadaan bapak ni mcm dah ok. lg pun bukan boleh tunggu ramai2 kat situ. takde tempat. aku ngan k. ngah pun balik la. tak lame tu kak laong pun balik gak sbb esoknye diorang nak jage peksa SPM.

bile dah sampai umah, nak tido pun tak boleh tapi baring2 gak la. dalam kul 2 lebih adik aku call bgtau jantung bapak dah tinggal 30%. aku pun dah bersedia menunggu panggilan yang seterusnya. tepat kul 3.15 pagi, 3 disember adk aku call bagtau bapak dah takde. terus rase kosong je. k ngan aku dah nangis dah. aku pun terus call sedara mara terdekat yang lain. tak lame tu ramai la sedar yang dah dtg.

kul 6.30 pg, jenazah bapak pun sampai. mase tu, berderailah airmata kitorang adk beradik, cucu-cucu, sedara mara semua bile tgk jenazah bapak. yg tak boleh lupe, die seolah-olah sedang tersenyum. tu yg lagi buat sebak dada. bile tgk semua cucu2 bapak menangis, memanggil "atuk...atuk..." memang tak boleh nak tahan airmata. sebab bapak aku memang rapat dengan cucu-cucunya.

jenazah bapak selamat dikebumikan lebih kurang pukul 10 pagi. malam tu aku plak demam ngan anak buah aku. belum lg demam aku baik, anak2 akuplak demam. yang lagi syahdunya, si abang ni demam sampai masuk spital. kitorang semua mcm fobia nak g spital sbb terlalu byk kenangan bapak kat situ. 3 hari kat spital banting, demam si epul tak baik2. bapak mertua aku terus suruh transfer gi hospital KPJ kat seremban. kat sana, tambah lagi 5 hari, baru boleh balik. rasenye belum sempat aku nak berkabung, dah nak pikir pasal keadaan anak aku. memang dugaan betul mase tu.dah lah suami takde.everything kena handle sorang diri. aku kuatkan semangat sbb keluarga tgh memerlukan aku skang ni.

begitulah kisahnya..skang ni, anak aku pun dah sihat. mak aku pun nampak dah ok. yang pergi tetap pergi. kite ni yang hidup kenala meneruskan kehidupan. cume bile dikenang balik, airmata ni akan tetap mengalir, dada sakit menahan sebak. skang ni tanggungjawab menjaga mak pulak. sebab tu aku takde hati sgt nak pegi UK ikut hubby kat sane. mak penah cakap, bapak aku cakap ngan die, " sampai hati iwah nak pegi tinggalkan bapaknya". bile kau dengar terus mati niat aku nak gi UK ikut hubby. setakat melancong boleh la. tapi, nak dok sane setahun, takdelah. tak sanggup rasenya nak tinggalkan mak.

itulah...hargailah orang di sekeliling kite sementara masih ade. bile dah tak de besok jgn baru nak menyesal.

salam...


Wednesday, September 30, 2009

RaYe DaTaNg LaGi.......

Assalamualaikum...

Selamat ari raye diucapkan kepada sahabat2, di mana jua anda berada.. Ampun maaf dipinta kirenye terkasar bahasa, terlanjur kate sepanjang perkenalan. Aidilfitri datang lagi....
tapi aidilfitri kali ini lain sekali bile disambut tanpa ayahanda tercinta. kesedihan yang tak mampu disorok. Mak terutamanya, sejak sehari sebelum raya, aku prasan setiap kali lepas solat, mak mesti nangis. Dan bagaikan hujan yang tak berhenti, bile malam raye kami buat tahlil untuk arwah bapak, mak dah tak mampu menahan airmatanye..kami semua anak beranak menangis berpelukan terkenangkan bapak yang dah tiada...tapi hidup perlu diteruskan, yang pergi tetap pergi, yang tinggal haruslah mendoakan kesejahteraannye di sane...
Al-fatihah......
Aidilfitri tetap disambut meriah kerana saudara mara masih ramai lagi yang ade...Yang datang semua memberi sokongan dan semangat terutamanye utk mak utk teruskan kehidupan yang bersisa ni. Bagi aku, raye kali ini dapat disambut dengan suami tercinta walaupun hanye sekadar 3 hari. kerana mlm raye ke-3 die dah pun terbang semula ke bumi Birmingham, UK.

anak2anakku yang comel adalah penghibur hati.
Tipulah kalau aku kate tak sedih kena tinggal..Memang sedih dan rase sunyi. walaupun sepanjang die ade, asyik gaduh je, itulah kehidupan berumahtangga. Memang takkan sunyi daripada usik-mengusik, gaduh. gaduh sayang sebenarnye... Walau macam mane buruk pun sumai kite, die tetap suami yang kite sayang... dan kitepun bukan sesempurna manusia...

I LOVE YOU SOM MUCH, MY HUBBY......
(bukan senang aku nak cakap ni. Kalau disuruh cakap mmg aku taknak cakap. hehehe...)





Thursday, August 13, 2009

bahana H1H1

Assalamualaikum.....

bersyukur pada Allah s.w.t. kerana masih lg di beri peluang untuk menghirup udara segar di bumi barakah ini. saye baru lepas di landa ujian yang agak menakutkan. lebih-lebih lagi bila melibatkan anak-anak yang nilanya tak terhingga.

Pada hari Sabtu lepas (8 ogos 2009) kami sekeluarga adalah buat sedikit tahlil kecil-kecilan untuk arwah ayahanda tersayang di kediaman abang di tmn bkt serdang. sambil menyambut hari kelahiran bonda tercinta. sebelum tu, kitorang pegi ke majlis kenduri kahwin sedara di Putrajaya. Dah prasan gak si amri mcm panas skit badan die. tp die nampak ok je. then bile dah sampai umah abang pun die seronok sgt main kat playground depan umah abang. so, aku pun pikir budak ni ok lah. takde ape2.

but then, bile malam badan die start heating up. lepas tu, die muntah. aku suruh la hubby p carik ubat. bile dah cucuck ubat punggung tu, badan die mule sejuk. so, ingat ok lah. esoknye, bile nak balik singgah di sunway pyramid nak lunch, badan die start balik panas. aku dh tak sedap ati. Sampai Banting terus p carik klinik. semua tutup. doktor pun dh tak terlayan org demam agaknya.

malam tu g banting, carik lg klinik. dpt la jumpe doktor. die takde kate apela. tanye gak pasal H1N1 ni. tapi die takde kate ape pun. But then, that night after bg ubat pun, demam die tak kebah langsung. panas sepanjang malam. tak boleh tidor dibuatnye. And then, bile pagi, die start berak2.

so, the next morning, aku pun amik cuti rehat, bwk die g klinik pakar kanak2 kt. sg. manggis. Doktor yg check amri tak pegang pun. die tgk je. die suruh selak baju, die tgk care pernafasan amri laju. And then die start tanye mcm2. ade contact ngan patient H1N1 tak. Aku pun dah rase semacam je. Die cakap, bile tgk simptom, ade tande2 H1N1. Die terus suruh kitorang pakai mask. Die cakap die suspect amri dpt H1N1. kalau la korang jadi mak, doktor ckp macam tu, rase mcm nak menangis kt situ gak. dlm hati ni, betul ke.


Doktor tu terus buat surat suruh kitorang g spital. Just imagine, kitorang tak kuar lg dari bilik doktor, die dah bukak tingkap kecik yg kat di dinding, pastu tutup aircond. die siap bagii semua orang yg kat luar tu pakai mask. die bukakkan pintu. takut kitorang pegang ape2 la agaknye. panik tak!


masuk keta je aku terus nangis. kitorang rushing g spital. tapi sampai spital kad wad kecemasan, doktor die relaks2 je. die cakap "ala, kesiannye adik kena pakai mask. takpela bukak. biar doktor je pakai". die bukakkan mask si amri. amri terus warded la. sampai dekat ward, bile doktor check, die kate "takdelah, ni bukan H1N1. mmg ade simptom tapi tak teruk. so, kite bagi rawatan influenza mcm biase la.(sama rawatan untuk ILI).



baru rase lega skit. so, dua malam gak la duk spital. Amri kena on-drip sebab dehydrated. cirit-birit. hari rabu, kitorang dibenarkan keluar wad. batuk die pun adela skit. tapi sepanjang kat spital doktor tak bagi nebulizer pun. nak bandingkan budak lain yg batuk lagi teruk la. sampai muntah setiap kali batuk. kesian aku tgk.

Alhamdulillah. sekarang amri dah boleh main ngan abang die. cume perasan ade perubahan sikit pada sikap die. cepat marah dan cepat merajuk. abih abang die kena pukul, cubit dan gigit. takpelah. nasib baik abang tahan je. mama pun kena tahan sekejap. org baru baik demam.

ok...itu sahaja la cerita untuk kali ini... semoga kite same2 dapat berkongsi pengalaman ini bersama untuk dijadikan pengajaran. jangan bawa anak2 keluar kalau rase2 mcm tak sihat. walaupun bukan kena H1N1, die mungkin dapat penyakit lain. sebab mase ni lah antbodi diorang lemah. i've started taking vitamins, washing hands with hands sanitizer. teaching my kids to wear mask.

same2 lah kite menjaga keluarga tersayang. terutama anak2 yg menjadi permata hati. sebab bile dah pergi, pasti tak kembali..

wassalam.....